Wednesday, December 14, 2011

Perkahwinan TANPA Restu

Hah??? Kawin tapi tak restu. Apa nie Akma? Mesti pelikkan kenapa saya tulis tntg tajuk nie. Adakah saya menuju ke gerbang perkahwinan? Dan perkahwinan saya tidak direstui oleh emak dan yah? Parah nie Akma. Rileks.. Bukan Akma nak kawin la. Just nak berkongsi pandangan tentang kawin tanpa restu.

First of all, nak bg tahu apa maksud perkahwinan yang sebanar menurut Islam. Perkahwinan atau nikah ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah menurut syarat2 yang ditentukan oleh Islam. Dan bagi lelaki kahwinlah wanita di atas 4 sebab iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Tambahan berkahwinanlah di atas restu ibubapa.Tanpa restu mereka apa2 boleh terjadi.

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” 

Jika anda ada mambaca tulisan sang yang lalu bertajuk "APA ITU CINTA" pasti anda tahu mengapa saya tegaskan bahawa restu daripada ibubapa sangat penting. Tak perlukah saya ulang tayang. Okay.

Apabila kahwin tanpa restu ibubapa macam2 boleh berlaku. Nak dijadikan citer buat nyer ibubapa anda doakan yang tidak baik untuk rumahtangga, anda apa yang bakal terjadi?

Anda mungkin terfikir kebahgian anda tapi pernahkan anda fikir ibubapa anda terseksa dgn perkahwinan anda. Jangan disebabkan pasangan anda, anda kehilangan keberkatan drpd seorang yang bernama ibu dan bapa. arilah restu dan keberkatan di dalam rumahtangga anda nanti.



Sunday, November 13, 2011

Bila PELAKON jadi PENYANYI

Sekarang bagaikan satu trend di mana pelakon mahu jadi penyanyi. Sampaikan lagu tema drama or movie yang mereka berlakon mereka yang nyanyikan. Tapi tidah salah bukan, kalau kita mencuba nasib dan nasib tersebut menyebelahi kita. Ini adalah sebahagian lagu di mana pelakon menjadi penyanyi.


Eira Syazira
OST Cinta Balqis(atas) & OST Uztaz Amirul(bwh)


Fida Ibrahim 
OST Epilog Syurga Cintra(atas) & OST Kasih Alia(bwh)


Adi Putra
OST Akukah Tanggang(atas) & OST Tentang Dhia(bwh)

Meruntun Jiwa

Lagu-lagu ini yang selalu saya dengar ketika sedih or nak layan perasaan. Feeling habis. Lagu-lagu ini semua mampu membuat saya menangis dengan sendiri. Meruntun JIWA!!!

 (Different - Taeyeon & Kim Bum Soo)

(Hati Yang Kau Sakiti - Rossa) 

(Flower - Una)

Apa itu C.I.N.T.A

Cinta adalah DUA hati menjadi SATU. Penyatuan 1 HATI di antara 2 MANUSIA. Itulah dinamakan C.I.N.T.A.. Setiap manusia ada perasaan cinta, jadi cinta adalah perasaan yang telah ALLAH kurniakan kepada setiap manusia. Kita tidak boleh menghalang seseorang itu untuk jatuh cinta tetapi kita cuma boleh bimbing cinta mereka itu ke arah kebaikan. Cinta mestilah bersih dan murni. Jangan bercinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya cinta itu berakhir dengan  perkahwinan TETAPI cinta itu juga sebenarnya tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Ingin tahu kenapa? Dengarkan ceramah Uztaz Kazim Elias di bawah. Selamat Menonton.


p/s : Selamat bertemu CINTA yang sebenar dan KEKAL abadi.

Saturday, November 5, 2011

We Miss DAESUNG!!!



Kang Daesung dilahirkan pada 26 April 1989 di Itaewon, Korea Selatan. Daesung berpendidikan sehingga Kyeongln High School. Pada tahun 2008, Daesung telah menyambung pelajaran di Kyunghee University di Seoul. Sejak debutnya, Deasung telah mengeluarkan single solo seperti Look At Me Gwisoon, Big Hit dll. Daesung juga telibat dengan teater muzikal, Cats(2008) dan drama What's Up (2011). Nama Daesung menjadi famous apabila dia menjadi ahli dalam reality-variety television series Family Outing dan talk show Night After Night.


Tetapi peminat Daesung diseluruh dunia terkejut dengan berita Daesung terlibat dalam kemalangn kereta di Jambatan Yanghwa, Seoul pada 31 Mei. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan 2 lagi buah kereta. Setelah dibicarakan, Daesung didapati tidak bersalah dan Daesung tidak berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.

Disebabkan kemalangan tersebut Daesung telah mengalami gangguan emosi. Walaupun kes tersebut telah ditolak dan Daesung telah dibebaskan daripada semua pertuduhan, syarikat rakaman Daesung, YG mengumumkan Daesung tidak tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti yang dirancang oleh syarikat tersebut sepanjang tahun 2011.

Bagi memulihkan semula semangatnya semula, Daesung telah pergi ke sebuah geraja dan menjadi sukarela di sana. Kerjaya Daesung akan diteruskan pada awal tahun 2012.

Kepada peminat Deasung dan BIG BANG jangan kecewa. Jom layan video Daesung untuK ubati kerinduan anda. Layaaannnnnn

(Look At Me, Gwisoon)

(Big Hit!)

*Daesung will come back on December 3rd, 2011 for YG Family Concert* :)

Tapak Umah Parents Eden @ Rembau,n9

Assalamualaikum...

Lama sudah tak update blog nie. Busy sangat kn. huhu. OK. Kali nie nak cerita tentang rumah baru keluarga saya yang dalam proses pembinaan. Baru saja tambak tanah. Lokasi dekat Rembau, N9. Balik kampung eden la nampak nyer.. Mengikut apa yang dirancang, InsyaAllah rumah nie siap hujung tahun nie. So minggu lepas balik kampung sebab mak nak tengok tapak rumah. so balik kampung la semata-mata nak tengok tapak rumah tue. setelah melawat kawasan tapak rumah barulah saya sedar. BESAR giler tanah ayah saya. Mak kata belakang rumah boleh buat padang bola. rumah tue tak adalah besar sangat la. tapi cukup lah untuk kami sekeluarga berteduh. rumah tue ada 3 bilik tidur, 2 toilet (1 dalam bilik utama), dapur siap kabinet dan ruang tamu yang sederhana besar...

(ayah,mak,wan n alang kat tapak umah)

orang lain sibuk bincang tentang umah, 2 orang anak dara pak hashim tak tau nak buat apa. just main-main je keje nyer ye. tukang amik gmbar la. buang kemuncup yang melekat kat seluar la. pegang payung takut hujan. macam2 la ktorng wat. memandang kan ktrong x de keje, so ktrong amik la gmbr ktrong sendiri. konon2 la bos besar lawat  tepak projek kn.

(nie nme nyer x de keje)

depan rumah kami ini ada rumah mak lang sebelah ayah. belakang pulak rumah wan kami.

 (nie umah mak lang)

(nie umah wan den)

okay, saya dah x tau nak merepek apa lagi pasal rumah ini. sebab tak siap lagi kan. nnt dah siap saya update lagi ye. huhu

*sebab rumah ayah setiap minggu ulang alik balik kampung. then mak pun nak balik tiap2 hujung minggu.haha*

Monday, October 24, 2011

Dulu X-MAN Sekarang RUNNING MAN

Siapa yang tidak tahu pasal Running Man (RM). Semua tengah giler layan RM. Tidak terkecuali juga saya. Memang melekat la kat laptop kalau layan RM. Sehari tak tengok memang tak sah la. Tak lengkap hidup. huhu. Dulu kat hostel UiTM Segamat memang layan la RM dengan members. Time final exam pun still layan. Gelak tak ingat dunia. Semua tengah gila kat JAE SUK, KIM JONG KOOK & HAHA.... TAPI sebelum kemunculan RUNNING MAN ada sebuah lagi variety show kat Korea yang telah mengandingkan mereka bertiga. Variety Show tersebut dikenali sebagai X-MAN...

 (dulu)

(sekarang)

Walaupun zaman X-MAN telah berlalu tapi ada sesuatu yang menyamakan X-MAN & RUNNING MAN. Zaman X-MAN pada masa tue, jong kook tgh femes ngan kumpulan TURBO. lagu popular time tue twist king & black cat. SO tangan nie saje gatal2 nak search kat youtube tntg kumpulan nie. tengok jelah betapa comel HAHA, JAE SUK & JONG KOOK.

(nie time X-MAN)

(nie time RUNNING MAN)

persamaan 2 video nie adalah mereka still gunakan lagu Black Cat untuk have fun. Yang penting HAHA, JAESUK & JONGKOOK tetap ada. over excited lagi..

*have fun tgk X-MAN & RUNNING MAN menari Black Cat*


Rindu, Rindu yang teramat RINDU!!!

Siapa yang saya rindu kan yang teramat sangat ini. Mak & Ayah dah ada kat dekat mata. Sahabat handai still bolah contact kat FB or TWITTER . KEKASIH, tang mana plak datang pun tak tahu. Then siapa yang saya rindu kat sangat nie. hehehehe.. siapa yang di maksudkan adalah.....


anak buahku yang amat disayangi dan dirindui. Danish@ abg & Norman@Dikman. rindu giler kat dorg. sampaikan tengok budak2 kecil main kat tv pun teringat kat dorg. tgk kartun kat tv pun ingat kat dorg. mana x rindu. 4 tahun kami jaga abg & dikman. hanya gambar & video peneman di kala rindu. nak tgk video dikman menari n nyayi lagu BABY...


sejak mak tak jaga mereka rumah senyap je. dulu tiap2 hari tgk ASTRO CERIA tp sejak tak ada mereka kami semua dah tak tengok CERIA lagi.. sebab hidup kami dah tak ceria seperti dulu adanya mereka. berebut nak tgk tv ngan mereka. kartun vs movie... akhirnya kartun gak yang menang, sayang punya hal kn..

WE ALL MISS DANISH & NORMAN...

Thursday, October 20, 2011

SEM 2 @ UiTM Segamat...

Semester 2 di Segamat... apa saja yg berlaku? semester ini ikatan persahabatan saya dan kawan-kawan bertambah kuat. kami gembira dan sedih sama-sama. kami pergi strolling@beriadah sama-sama. if nak nak pergi kelas tunggu kat headquarters (bilik akma@saya) then turun sama-sama. huhu. penuh bilik dengan tetamu yang datang.




semester ini first time kami menghadiri dinner kos kami. tema raya. thats why la kami pergi sebab tidak perlu pening kepala cari baju ikut tema. haha. time semester 1 tema apa-apa entah. so kami sume pun tak join. tapi yang pergi time tue hanya saya, hayyu, che wan, farain, ain bahari n syahir. syahir sebagai boduguarg kami semua. dia harus protect "kakak-kakak" dia ni. actually syahir nie muda setahun dari kami semua. so dialah adik dalam kelas kami. tp orang nyer tinggi dah mcm 'abang-abang' pun ada jugak.


semester ini juga memerlukan kami menghasilkan satu video yang ber"tema"kan laptop. kami dikehendaki untuk menghasilkan suatu iklan untuk mempromosikan jenama laptop yang baru (payah tue). macam-macam jenama laptop terhasil drpd iklan tue. ada CERA, COMPLEX, dll. time nak present depan lecture, Sir Adib banyak hal jadi. ada yang kelakar la, tiba-tiba jadi serius time nak jawab soalan. ada jugak yang wat buka x tau je. tapi itu semua kan kenangan kita bersama. 

(credit to Hayyu coz edit gmbr nie)

semester 2 adlh semester terakhir kami sebagai D2B4. kelas B4 dah dibubarkan disebabkan jumlah pelajar dbs berkurangan. so terpakse la kami "berpindah" ke kalas or group yang lain. nak tau kami pilih keles apa? sssshhhhhhhhhhh.....

Tuesday, October 18, 2011

LELAKI/GADIS SEPERTI AKU

VERSI ALIF SATAR


VERSI SHILA AMZAH


*sumpah comel lagu nie... alif satar punya mtv comel kne kejar... versi shila amzah sweet giler dia nyanyi...*

Hati Kian Terluka - Kumpulan Slash


Mampukah kita bertemu
Menyambung ikatan terlerai
Mengubah sebuah rindu
Yang kian terbar sepi
Sedangkan di jiwa ini

Dibohongi kesangsian
Yang membunuh keyakinan
Antara kau dan aku

Bertemu Lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih

Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kekasih

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui
Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curoga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

SEM 1: UiTM SEGAMAT????

SEGAMAT? Dekat mana? Best tak? Seram tak? Itulah persoalan yg muncul bila dapat surat tawaran sambung berlajar dari UiTM. Bila dpt tahu tmpt tu kat johor lega la sikit sebab ingatkan dekat je tp mkn masa 3 jam untuk smpi tue. Pergghhh…. Sebenarnya saya adalah org ke 2 dlm family besar sblh ayah yg dpt study kat situ.. 1st cousin laki saya tp time zaman dahulu kala… jarak umur kami sgt jauh maknenye dah lama sungguh la dia meninggalkan segamat.  so, g lah risik2 kat dia. Then die kata segamat ok tp dalam hutan la… nak g pekan susah & jauh la sikit (time tue la). OK… tiba masa untuk saya berangkat.. sedih pisah ngan family. 2nd time jauh ngan family (1st PLKN@sematan,s’wak).


Kehidupan di segamat tidaklah seburuk yg dikhabarkan. ok what. Kampus dalam taman(hutan la) tp best sebab mmg segar pagi2 kat segamat (SEGAR AMAT). Roommate sye ada sorg je. Nama dia Zaty, tu la peneman g toilet, beli mkn dll.


nie la die Zaty (roommate part 1 n 2)

Sem 1 kena buat pe? Perkara wajib bg pelajar semester 1 adalah kokurikulum. Saya masuk Kesatria Negara (apa ni)… mcm KRS kat skolah dlu… kne kawad tp aku pandai cr alasan x nak kawad(sakit la)… so terlepas dr kawad smpi final exam pun x kawad tp still dpt A tau…




Time dekat kelas tue biasa2 je. Baru masuk kan, so byk main(bkn slalu). kekawan pun baik2. kat asrama pun ok. Ada ayu, ruby, adda, ezzati n ramai la. Ktrong lepak kat bilik ayu smpi mlm. Tgk movie. Tidur ramai… banyak la bendegle ktrong wat time tue… best time nie…   




tp semua nie tinggal kenangan kita bersama. kita belajar sama2. kongsi nota. ilmu yang ada. kenangan ini tetap semadi selamanya... 


Monday, October 10, 2011

LUV NOVEL

Hari nie nak cter tentang hobi. Salah satu hobi saya adalah membaca novel. Disbbkan membaca novel adlah hobi utama kn, so x heran la if kat umah berlambak novel. Emak pun dah tegur byk sgt novel tue. Ok! Kembali kpd tajuk asal iaitu cter tentng hobi iaitu bce novel. So hr ni nak bgtau novel yang menjadi kegemaran di lubuk hatiku. *dilubuk hatiku ada novelmu sebagai ratu*. Antara novel yg paling digemari untuk dibaca walaupun berulang kali adalah….


KAU SAYANGKU: BIKASH NUR IDRIS
Pertemuan yg x dijangka akhirnya membuahkan perasaan. Drpd perasaan benci bertukar sayang dan rindu. Drpd “MAT CIPAN” kpd “SAYANG”. AKIF ZAMANI & ARISA NURAILIS!!!!  2 watak yg memainkan peranan penting bg menghidupkan jln ceriter. Bagaimana mereka menyelesaikan konflik yg terjadi? Apa yg mereka lakukan untuk mencapai bahagia?



ANDAI ITU TAKDIRNYA: SITI ROSMIZAH
Perkenalan di alam university melahirkn rse benci. Ditemukan semula di alam perkerjaan. KEBETULAN @SURATAN @MUSIBAH apabila mereka ditentukn utk mnjadi sepasang suami isteri. CINTA tlah mnjadikn Aleya yg pendiam & b’peribadi sederhana kpd seorg yg kuat, tabah & berani walau dlm hatinya penuh cinta & kasih. CINTA tlah mengubah Syed Aizil yg ego & sombong kpd sorng yg sgt menghargai cinta & kasih sayang.



SEPUPUKU SUAMIKU: LYNN ALYYNA
Dilahirkan sebagai sepupu. Tanpa disangka hubungan sepupu melahirkn rasa sayang & cinta. Si dara menyimpn rahsia hati kepada Si teruna. Andai sudah jodoh tidak ke mana. Ditakdirkn utk diijabkabulkan. Riang si dara hanya dalaman, risau si dara terserlah di luaran. Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yg sejati?




CINTA 3 SUKU: HERNA DIANA
“SKETSA Perang” di prtghan jln mnjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel & Mamat 3 Suku. Sejak itu, p’temuan demi p’temuan tercipta. Anehnya setiap p’temaun dihiasi insiden p’langgarn. Seorg ke simpg kiri, seorg ke simpg kanan. Tapi haluan b'beza itu m'bawa mereka ke satu jln lurus b'nama keserasian. Namun tiada seorg pun menduga lorong yg sdg mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dgn onak &duri.


Memandangkn dah abis blaja kn, novel2 nie akan dibaca semula. x jemu bce 4 nvl nie. jom la join bce. mesti x rugi.

k lah sampai cni je cter tntang hobi bce novel. t kte citer tntg hobi yg len plak k. tata.

Assalamualaikum...

Thursday, October 6, 2011

Warisan Hawa (Lagu Tema Ustazah Pilihan)



Kelembutan bukan nya tanda kelemahan
Di sebalik wajah tersirat hati tabah
Akur bukan bererti tiada pendirian
Wajarnya berfikir sebelum membimbing

Dengan harapan murni

Warisan hawa
Berdiri di samping dengan setia
Membimbingmu dengan ketulusan
Hati berpedoman

Didik wanita
Terdidik generasi yang mulia
Menimba amalan penuh taqwa
Memegang amanah warisan hawa

Titis air mata bukan tanda kecewa
Sebaliknya bangga dilimpah pengalaman
Ikhlas berbakti menuntut kehendak agama
Semoga diredha melangkah ke depan

Dengan harapan murni

Monday, October 3, 2011

FALLING IN LOVE (D.CT NURHALIZA)

Once in a lifetime
An angel sweep you off your feet
And everything I'm about disappears before my eyes

You’re taking me higher when I hear you speak to me
This so familiar but I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to ease my mind
Oh, I think I'm falling I'm falling and I can't stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

You’re taking me higher when I hear you say my name
I’m trying to tell you that I'll never won’t to let you go

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to ease my mind
Oh, I think I'm falling I'm falling and I can't stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again you plays out in my mind
I can see it clearly
You've giving me something new to believe in
Come to take me away…

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to ease my mind
Oh, I think I'm falling I'm falling and I can't stop falling
I’m falling in love with you

Saturday, October 1, 2011

HANYA AWAK!!!!!

•♥• sy xbgos dalam ENGLISH , tapi sy bole bgtau yg . . I LOVE YOU ♥ !
•♥• sy xbgos dalam GEOGRAFI , tapi sy bole tau awk tinggal dalam HATI saya ♥ !
•♥• sy xbgos dalam SEJARAH , tapi sy INGAT FIRST TIME sy kenal awak ♥ !
•♥• sy xbgos dalam KIMIA , tapi sy bole bgtau TINDAK BALAS sy bila awak senyum ♥ !
•♥• sy TIDAK HEBAT dalam tiap2 subjek , ♥ !
•♥• tapi sy bole bgtau awak yg sy hebat dalam semua SUBJEK , jika TOPIC nye ialah AWAK ! ♥

PeRiNgAtAn

Bahagia ats kesedihan & keseksaan org len. Org len sedih & merana melihat kamu bahagia. Mengambil kesempatan di atas kesedihan org len utk mencapai kebahagiaan kamu. Tidakkah kamu KEJAM???

Sume yg berlaku pada org len akan berlaku pada diri kita sendiri. Mengapa ia berlaku, walhal kita sgt membenci perkara tersebut? Adakah ini HUKUM KARMA?

Bila manusia dah mula menipu, mereka akn sentiasa menipu. Menafikan perkara yg sume org tahu tp tidak mahu mengaku.

Friday, September 30, 2011

Doa Seorang Sahabat

Ya Allah,
permudahkan sahabatku ini dalam apa jua urusan dunia & akhiratnya. Janganlah Engkau tinggalkan dia bersendirian walaupun dalam kadar sekelip mata.

Perbetulkanlah segala urusannya. Iringilah setiap langkap hidupnya. Tenangkanlah gelodak hatinya dalam menempuh segala dugaanMu. Kuatkanlah sekiranya dia berasa lemah. Pimpinlah dia tatkala dia ingin jatuh.

Berilah dia rahmat kasih sayangMu serta berilah jua untuknya seluas keampunanMu. Janganlah kiranya dia merasai kebesaran suatu musibah yang Kau berikan sehingga merintanginya daripada bersangka baik pada Mu agar mata hatinya akan dapat merasai suatu musibah yang menimpanya jika dibandingkan dengan keluasan rahmatMu.

Ikhlaskanlah dia tatkala dia mengharap sesuatu selain darimu. Sesungguhnya dialah sahabat sejati dunia & akhiratku. Salam mujahadah. Moga dirimu sentiasa dalam lindunganNya selalu.


(p/s: CLUB 10)

10 TIPS MENCARI SAHABAT

1) Jangan hancurkan ikatan persahabatan hanya kerana sedikit masalah kecil. Perlu bijak berkomunikasi & saling berbincang dari hati ke hati dalam usaha memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah.
2) Sifat hormat-menghormati antara satu sama lain harus diterapkan dalam persahabatan. Dengan ini, masing-masing tahu menjaga hati & perasaan antara satu sama lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain sudah tentu orang lain juga akan menghormati diri kamu!
3) Sifat cemburu harus dibuang dari dalam diri. Tidak semestinya kita berkawan,kita perlu sentisa bersama. Bersedialah menerima sahabat dengan hati yang terbuka tanpa sembarang perasaan cemburu.
4) Sentiasa berpikiran positif & sedia menerima kelebihan & kelemahan antara satu sama lain.
5) Mencari seorang sahabat yang memiliki minat yang sama.
6) Saling belajar antara satu sama lain agar masing-masing dapat menimba pengalaman & pengetahuan baru setiap hari.
7) Jangan jadi ‘talam dua muka’. Dalam persahabatan perlu mengamalkan sikap jujur & ikhlas.
8) Jangan campur adukan masalah yang kita hadapi dengan persahabtan. Jangan biarkan sahabat kita rasa terbeban dengan yang sedang kamu alami.
9) Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai.
10)Sentiasa menghargai dan menghormati pendapat serta pandangan orang lain.Jadilah pendengar yang baik.


(p/s: to CLUB 10 >>>> 10Q b my frens...)

Thursday, May 5, 2011

SAHABAT

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya...
Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya
Andai kau ingin berkawan, janganlah melihat pada ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan menfitnahnya...
Andai kau ingin bersahabat... terima lah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga yang tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tanpa bersahabatlah kerana ALLAH FILLAH...