Friday, September 30, 2011

Doa Seorang Sahabat

Ya Allah,
permudahkan sahabatku ini dalam apa jua urusan dunia & akhiratnya. Janganlah Engkau tinggalkan dia bersendirian walaupun dalam kadar sekelip mata.

Perbetulkanlah segala urusannya. Iringilah setiap langkap hidupnya. Tenangkanlah gelodak hatinya dalam menempuh segala dugaanMu. Kuatkanlah sekiranya dia berasa lemah. Pimpinlah dia tatkala dia ingin jatuh.

Berilah dia rahmat kasih sayangMu serta berilah jua untuknya seluas keampunanMu. Janganlah kiranya dia merasai kebesaran suatu musibah yang Kau berikan sehingga merintanginya daripada bersangka baik pada Mu agar mata hatinya akan dapat merasai suatu musibah yang menimpanya jika dibandingkan dengan keluasan rahmatMu.

Ikhlaskanlah dia tatkala dia mengharap sesuatu selain darimu. Sesungguhnya dialah sahabat sejati dunia & akhiratku. Salam mujahadah. Moga dirimu sentiasa dalam lindunganNya selalu.


(p/s: CLUB 10)

10 TIPS MENCARI SAHABAT

1) Jangan hancurkan ikatan persahabatan hanya kerana sedikit masalah kecil. Perlu bijak berkomunikasi & saling berbincang dari hati ke hati dalam usaha memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah.
2) Sifat hormat-menghormati antara satu sama lain harus diterapkan dalam persahabatan. Dengan ini, masing-masing tahu menjaga hati & perasaan antara satu sama lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain sudah tentu orang lain juga akan menghormati diri kamu!
3) Sifat cemburu harus dibuang dari dalam diri. Tidak semestinya kita berkawan,kita perlu sentisa bersama. Bersedialah menerima sahabat dengan hati yang terbuka tanpa sembarang perasaan cemburu.
4) Sentiasa berpikiran positif & sedia menerima kelebihan & kelemahan antara satu sama lain.
5) Mencari seorang sahabat yang memiliki minat yang sama.
6) Saling belajar antara satu sama lain agar masing-masing dapat menimba pengalaman & pengetahuan baru setiap hari.
7) Jangan jadi ‘talam dua muka’. Dalam persahabatan perlu mengamalkan sikap jujur & ikhlas.
8) Jangan campur adukan masalah yang kita hadapi dengan persahabtan. Jangan biarkan sahabat kita rasa terbeban dengan yang sedang kamu alami.
9) Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai.
10)Sentiasa menghargai dan menghormati pendapat serta pandangan orang lain.Jadilah pendengar yang baik.


(p/s: to CLUB 10 >>>> 10Q b my frens...)

Thursday, May 5, 2011

SAHABAT

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya...
Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya
Andai kau ingin berkawan, janganlah melihat pada ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan menfitnahnya...
Andai kau ingin bersahabat... terima lah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga yang tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tanpa bersahabatlah kerana ALLAH FILLAH...

Sunday, November 21, 2010

Just Selingan


SALAM... Sudah terlalu lama meninggalkn blog nie.. nie post yg kedua.. InsyaAllah selepas nie.. saya akan lebih kerap meng 'update' blog nie dengan pegisian yg lebih bermanfaat dan bermutu... di samping menceritakan kehidupan saya sebagai hamba Allah yang hidup di muka bumi ini....perjalanan hidup saya...cabaran kahidupan yang saya tempuh... perasaan saya.. lumrah alam dan sebagainya...

Nama diberi Nuzy Akma. Berumur 21 tahun... masih menuntut di sebuah institusi pengajian amam di selatan tanah air... jurusan Pengurusan Perniagaan...tahun ke 3 sem 5.... hobi membaca novel dan menonton tv.. InsyaAllah saya akan bercerita lagi tntg saya... SYUKRAN...

Friday, July 2, 2010

PERBUKAAN


SALAM... SALAM PERKENALAN

bermulanya di sini... perjalanan hidup seorg gadis yg meningkat dewasa...mula berjinak2 dgn blog...tertarik untuk memiliki blog seperti org lain...ingin meluahkan perasaan... mencurahkan idea...menceriakn hidup dll... harap kehadiran gadis yang mencecah usia 20 tahun di laman sesawang ini akan menceriakan hati nya...