Wednesday, April 11, 2012

Aku, Ibu dan Dia

Dalam hatimu tiada kebencian
Semua cinta dan kasih
Dalam dadamu tiada musuh
Semua maaf dan rindu

Kau pandang segala-galanya indah
Tanpa gentar untuk berpisah

Kau cari cuma satu
Tapi harganya selaut pilu
Oh... Ibu yang hampir padaku
Bawalah aku hampir kepada-NYA
Rindu-rinduku pada dia
Rindu lagi dia pada-NYA


Monday, February 27, 2012

Walimatul Urus Zila (kekanda Farain) & Aziz : 26.02.2012

Pada hari Ahad bersama 4 Rabiulakhir 1433H, saya dan kekawan telah menghadiri Perutusan Raja Sehari slah seorg kawan kita org. Kenduri tue dekat Taman Pinggiran USJ 3. Saya pergi dengan Che Wan n Ayu. Che Wan pick-up sye kat umah then amik Ayu plak kat mydin mne ntah then bru la g umah Farain. Nak pergi pick-up Ayu satu mslh ktrong sesat walaupun gne GPS annoying kn. Nak g umah pengantin pun sesat kn. huhu. Alhamdulillah selamt gak ktrong smpai umah pengantin yang di tuju. 

(nie la pelan nak g umah pengantin yg sesat tue)

Actually, saya x de idea nak menulis so kte tgk gmbr jelah ye. Saksikanlahhhhhh...

(nie geng ktrong kat majlis tue: saya,farain,syahir,shah,afif,sab,chewan,iqa,ayu)

 

  




#okaylah. tuw je nak g tau n nak tunjuk. berangkat dulu yeeerr... Tata. Salam

Sunday, February 19, 2012

Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Lelaki

1. Jangan pikat wanita kalau anda tidak bersedia untuk cintakan dia.
2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tidak cintakan dia. 
3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda sendiri tidak pasti.
4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.



Wednesday, December 14, 2011

Perkahwinan TANPA Restu

Hah??? Kawin tapi tak restu. Apa nie Akma? Mesti pelikkan kenapa saya tulis tntg tajuk nie. Adakah saya menuju ke gerbang perkahwinan? Dan perkahwinan saya tidak direstui oleh emak dan yah? Parah nie Akma. Rileks.. Bukan Akma nak kawin la. Just nak berkongsi pandangan tentang kawin tanpa restu.

First of all, nak bg tahu apa maksud perkahwinan yang sebanar menurut Islam. Perkahwinan atau nikah ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah menurut syarat2 yang ditentukan oleh Islam. Dan bagi lelaki kahwinlah wanita di atas 4 sebab iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Tambahan berkahwinanlah di atas restu ibubapa.Tanpa restu mereka apa2 boleh terjadi.

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” 

Jika anda ada mambaca tulisan sang yang lalu bertajuk "APA ITU CINTA" pasti anda tahu mengapa saya tegaskan bahawa restu daripada ibubapa sangat penting. Tak perlukah saya ulang tayang. Okay.

Apabila kahwin tanpa restu ibubapa macam2 boleh berlaku. Nak dijadikan citer buat nyer ibubapa anda doakan yang tidak baik untuk rumahtangga, anda apa yang bakal terjadi?

Anda mungkin terfikir kebahgian anda tapi pernahkan anda fikir ibubapa anda terseksa dgn perkahwinan anda. Jangan disebabkan pasangan anda, anda kehilangan keberkatan drpd seorang yang bernama ibu dan bapa. arilah restu dan keberkatan di dalam rumahtangga anda nanti.



Sunday, November 13, 2011

Bila PELAKON jadi PENYANYI

Sekarang bagaikan satu trend di mana pelakon mahu jadi penyanyi. Sampaikan lagu tema drama or movie yang mereka berlakon mereka yang nyanyikan. Tapi tidah salah bukan, kalau kita mencuba nasib dan nasib tersebut menyebelahi kita. Ini adalah sebahagian lagu di mana pelakon menjadi penyanyi.


Eira Syazira
OST Cinta Balqis(atas) & OST Uztaz Amirul(bwh)


Fida Ibrahim 
OST Epilog Syurga Cintra(atas) & OST Kasih Alia(bwh)


Adi Putra
OST Akukah Tanggang(atas) & OST Tentang Dhia(bwh)

Meruntun Jiwa

Lagu-lagu ini yang selalu saya dengar ketika sedih or nak layan perasaan. Feeling habis. Lagu-lagu ini semua mampu membuat saya menangis dengan sendiri. Meruntun JIWA!!!

 (Different - Taeyeon & Kim Bum Soo)

(Hati Yang Kau Sakiti - Rossa) 

(Flower - Una)

Apa itu C.I.N.T.A

Cinta adalah DUA hati menjadi SATU. Penyatuan 1 HATI di antara 2 MANUSIA. Itulah dinamakan C.I.N.T.A.. Setiap manusia ada perasaan cinta, jadi cinta adalah perasaan yang telah ALLAH kurniakan kepada setiap manusia. Kita tidak boleh menghalang seseorang itu untuk jatuh cinta tetapi kita cuma boleh bimbing cinta mereka itu ke arah kebaikan. Cinta mestilah bersih dan murni. Jangan bercinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya cinta itu berakhir dengan  perkahwinan TETAPI cinta itu juga sebenarnya tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Ingin tahu kenapa? Dengarkan ceramah Uztaz Kazim Elias di bawah. Selamat Menonton.


p/s : Selamat bertemu CINTA yang sebenar dan KEKAL abadi.