Wednesday, December 14, 2011

Perkahwinan TANPA Restu

Hah??? Kawin tapi tak restu. Apa nie Akma? Mesti pelikkan kenapa saya tulis tntg tajuk nie. Adakah saya menuju ke gerbang perkahwinan? Dan perkahwinan saya tidak direstui oleh emak dan yah? Parah nie Akma. Rileks.. Bukan Akma nak kawin la. Just nak berkongsi pandangan tentang kawin tanpa restu.

First of all, nak bg tahu apa maksud perkahwinan yang sebanar menurut Islam. Perkahwinan atau nikah ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah menurut syarat2 yang ditentukan oleh Islam. Dan bagi lelaki kahwinlah wanita di atas 4 sebab iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Tambahan berkahwinanlah di atas restu ibubapa.Tanpa restu mereka apa2 boleh terjadi.

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” 

Jika anda ada mambaca tulisan sang yang lalu bertajuk "APA ITU CINTA" pasti anda tahu mengapa saya tegaskan bahawa restu daripada ibubapa sangat penting. Tak perlukah saya ulang tayang. Okay.

Apabila kahwin tanpa restu ibubapa macam2 boleh berlaku. Nak dijadikan citer buat nyer ibubapa anda doakan yang tidak baik untuk rumahtangga, anda apa yang bakal terjadi?

Anda mungkin terfikir kebahgian anda tapi pernahkan anda fikir ibubapa anda terseksa dgn perkahwinan anda. Jangan disebabkan pasangan anda, anda kehilangan keberkatan drpd seorang yang bernama ibu dan bapa. arilah restu dan keberkatan di dalam rumahtangga anda nanti.