Saturday, November 5, 2011

We Miss DAESUNG!!!



Kang Daesung dilahirkan pada 26 April 1989 di Itaewon, Korea Selatan. Daesung berpendidikan sehingga Kyeongln High School. Pada tahun 2008, Daesung telah menyambung pelajaran di Kyunghee University di Seoul. Sejak debutnya, Deasung telah mengeluarkan single solo seperti Look At Me Gwisoon, Big Hit dll. Daesung juga telibat dengan teater muzikal, Cats(2008) dan drama What's Up (2011). Nama Daesung menjadi famous apabila dia menjadi ahli dalam reality-variety television series Family Outing dan talk show Night After Night.


Tetapi peminat Daesung diseluruh dunia terkejut dengan berita Daesung terlibat dalam kemalangn kereta di Jambatan Yanghwa, Seoul pada 31 Mei. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan 2 lagi buah kereta. Setelah dibicarakan, Daesung didapati tidak bersalah dan Daesung tidak berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.

Disebabkan kemalangan tersebut Daesung telah mengalami gangguan emosi. Walaupun kes tersebut telah ditolak dan Daesung telah dibebaskan daripada semua pertuduhan, syarikat rakaman Daesung, YG mengumumkan Daesung tidak tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti yang dirancang oleh syarikat tersebut sepanjang tahun 2011.

Bagi memulihkan semula semangatnya semula, Daesung telah pergi ke sebuah geraja dan menjadi sukarela di sana. Kerjaya Daesung akan diteruskan pada awal tahun 2012.

Kepada peminat Deasung dan BIG BANG jangan kecewa. Jom layan video Daesung untuK ubati kerinduan anda. Layaaannnnnn

(Look At Me, Gwisoon)

(Big Hit!)

*Daesung will come back on December 3rd, 2011 for YG Family Concert* :)

No comments:

Post a Comment